Saya boleh cakap ‘group of death’ untuk pasukan lain bukan untuk SRG – Sunfrost

92

Pengulas e-sukan Mobile Legend Bang Bang (MLBB), Sunfrost mengakui kumpulan yang dihuni oleh Selangor Red Giants (SRG) untuk kejohanan MSC Esports World Cup 2024 yang sedang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi sememangnya kumpulan maut.

Sunfrost bagaimanapun berkata kumpulan maut itu bukan kepada pasukan SRG sebaliknya kepada pasukan lain yang berada dalam kumpulan tersebut.


“Saya memang boleh cakap ‘group of death’ tapi ‘group of death’ untuk pasukan lain dan bukannya untuk SRG.

Saya rasa pasukan yang akan ‘fight’ untuk kedudukan kedua adalah See You Soon (SYS) ataupun Fnatic Onic,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, beliau juga tidak akan terkejut sekiranya melihat Fnatic Onic tersingkir awal dari peringkat kumpulan kerana pasukan itu mempunyai sejarah gagal untuk melepasi peringkat kumpulan pada MIC.

Dalam pada itu, Sunfrost turut memberikan ramalan beliau mengenai kedudukan pasukan untuk peringkat kumpulan.

“Saya punya ramalan adalah SRG nombor satu, See You Soon kedudukan kedua dan Fnatic Onic kedudukan ketiga.”

Sementara itu, SRG akan membuka tirai kempen MSC mereka pada malam ini menentang See You Soon (SYS).

SRG kemudian akan bertemu dengan Team Falcons dan Fnatic Onic pada Sabtu, 6 Julai.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen