Penting untuk kita dapat sebanyak pingat yang mungkin di Olimpik nanti – Hamidin

43

Ketua kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu walaupun negara memburu pingat emas pertama di Olimpik namun beliau mahu atlet-atlet negara turut fokus untuk cuba mendapatkan pingat sebanyak yang mungkin.

“Walaupun kita memburu pingat emas pertama untuk Malaysia, saya memberitahu mereka (atlet) pentingnya juga untuk kita mendapatkan sebanyak pingat yang mungkin biarpun kita hadir dalam saiz kontinjen yang kecil,”

katanya.

Hamidin berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penajaan Skechers kepada kontinjen Malaysia ke Olimpik.


Dalam pada itu, Hamidin juga berkata atlet-atlet yang ditemui olehnya semuanya berada dalam keadaan terbaik dan sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik untuk cuba mendapatkan pingat untuk negara.

“Seperti yang saya katakana sebelum ini, keyakinan mereka tinggi. Kalau kita tengok Aniq Kasdan (angkat berat), Bertrand Rhodict (terjun) dan Ariana (memanah) antara nama-nama baru ini mereka berkeyakinan tinggi untuk pergi ke sana nanti yang mana mereka akan cuba berjuang untuk dapatkan pingat.

Mereka sendiri yang mengatakan mereka akan cuba berusaha tanpa dorongan daripada saya. Jadi saya lihat kesemua mereka ini berada dalam ‘mood’ yang cukup baik dan harap tiada sebarang kecederaan dan fokus untuk ke sana nanti.”

Sementara itu, Hamidin memberitahu beliau akan meneruskan kerjanya untuk melawat dan melihat sendiri persiapan atlet-atlet sebelum terbang ke Paris.