Di peringkat akar umbi kita mampu bersaing di peringkat antarabangsa – Yew Boon Lye

32

ADUN Chuah, YB Yew Boon Lye memberitahu pemain bola sepak negara di peringkat akar umbi sememangnya mempunyai kemampuan untuk bersaing di peringkat antarabangsa, oleh itu beliau berharap perkara sama dapat diteruskan apabila pemain sudah dewasa nanti.

“Saya rasa di peringkat umur (akar umbi) kita masih boleh bersaing dengan mereka (pasukan luar negara) dan saya berharap juga akan datang bila mereka dewasa nanti mereka dapat juga bersaing dengan di peringkat antarabangsa,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Yew Boon Lye yang turun padang untuk menyaksikan kejohanan Maritime Silk Road-Youth Soccer Elite Tournament yang berlangsung di JSA Arena, Shah Alam cukup gembira melihat perkembangan positif pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.


“Saya sangat gembira terutamanya apabila melihat kanak-kanak gembira dapat bermain di gelanggang professional di mana mereka sangat ‘enjoy’ jadi saya harap program-program seperti ini dapat diteruskan.”

Tambahnya lagi, beliau tidak hanya akan memberi sokongan kepada sukan bola sepak sahaja sebaliknya semua jenis sukan akan mendapat sokongan daripadanya.

Dalam pada itu, Yew Boon Lye juga berpandangan bahawa bermain banyak perlawanan adalah lebih baik berbanding latihan.

“Saya sentiasa berpandangan bahawa perlawanan adalah lebih penting atau lebih baik berbanding latihan jadi saya rasa kalau ada peluang-peluang seperti ini untuk pelbagai lapisan umur ia sangat bagus untuk mereka bagi mendapatkan pengalaman yang lebih baik.”

Sementara itu, juara kejohanan Maritime Silk Road-Youth Soccer Elite Tournament akan menjadi wakil Malaysia ke kejohanan antarabangsa nanti.