‘Gameplay’ HOK sangat laju sekaligus buatkannya jadi kurang bosan – Adam
Pengulas e-sukan untuk Honor of Kings (HOK), Adam memberitahu bahawa corak permainan atau ‘gameplay’ yang laju membuatkan sesiapa sahaja yang bermain atau menontonnya tidak akan berasa bosan.
“Saya menjangkakan HOK akan menjadi lebih popular di Malaysia kerana ‘gameplay’ sangat lajut, tiada ruang penafasan untuk saya rehat kerana objektif sentiasa diambil dan tiada ‘downtime’.
Oleh itu saya rasa HOK tidak membosankan dan seronok,”
katanya.
Adam berkata demikian ketika ditemui selepas tamat perlawanan Grand Final HOK Invitational S2 antara LDG Gaming MY dengan Team Secret MY yang menyaksikan LDG Gaming MY berjaya menang 3-2 untuk membawa pulang lebih RM470 ribu.
Dalam pada itu, Adam memberitahu beliau pada mulanya tidak menyangka bahawa ada peluang untuk menjadi pengulas HOK.
“Sewaktu saya berhenti saya tidak tahu langsung ada peluang untuk jadi pengulas HOK tapi Alhamdulillah selepas saya berhenti dua minggu selepas itu saya dapat peluang untuk jadi pengulas HOK.
Saya sangat gembira dan bersyukur dengan peluang ini kerana ia dapat membantu saya menyara keluarga saya.”