“Dulu tak ada program seperti ini, Luqman Hakim dan Arif Aiman antara ‘batch’ pertama dalam NFDP”.

217

Temubual eksklusif bersama Ketua Jurulatih Putra Vipers iaitu Muhammad Arif Bin Zahri. Akademi Tunas Putrajaya merupakan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Program ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara dengan melatih pemain dari peringkat akar umbi dan juga menghasilkan pemain bertaraf dunia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.