Sasaran saya di Olimpik ada untuk pecahkan rekod ‘personal best’ – Khiew Hoe Yean
Atlet renang kebangsaan, Khiew Hoe Yean meletak sasaran untuk cuba memecahkan rekod terbaik peribadi yang juga merupakan rekod kebangsaan dalam acara 400 meter (m) pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung hujung Julai ini.
“Ya saya sudah letak sasaran iaitu mmahu memecahkan rekod ‘personal best’ (rekod kebangsaan) iaitu 3.48.36 saat (s) supaya saya dapat terus meningkat dari semasa ke semasa.
Selain itu saya juga gembira dapat membuat penampilan pertama di Olimpik dan saya mahu berikan persembahan terbaik saya di Paris dan dapatkan pengalaman juga,”
katanya.
Menurut Hoe Yean, beliau cukup teruja apabila impiannya sejak dari kecil mahu ke Olimpik akhirnya tercapai juga.
“Memang menjadi impian saya untuk bertanding di Olimpik sejak say amula berenang lagi dan ketika kecil saya sudah beritahu ibu bahawa saya akan ke Olimpik suatu hari nanti.”
Dalam pada itu, selain Hoe Yean seorang lagi atlet renang negara iaitu Tan Rouxin juga akan membuat penampilan pertamanya di temasya sukan terbesar dunia itu.
Kedua-dua atlet renang itu mendapat slot ‘wild card’ daripada badan induk Akuatik Renang.
Selain atlet renang, Malaysia juga turut akan mempunyai atlet dalam acara terjun apabila Nur Dhabitah Sabri turut mendapat slot ‘wild card’.