Perjuangan Homebois berakhir di separuh akhir, SRG masih berpeluang harumkan nama Malaysia di MSC 2024

88

Kejohanan MSC Esports World Cup 2024 semakin hampir tamat dengan empat pasukan sudah pun mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir MSC 2024 yang sedang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

Impian seluruh peminat e-sukan Malaysia untuk melihat dua pasukan negara di separuh akhir tidak berjaya apabila pasukan Homebois tewas pada perlawanan suku kepada NIP Flash dengan keputusan 3-2.


Biarpun tewas tapi pujian harus diberikan kepada Homebois kerana mereka yang terpaksa bermain di peringkat ‘Wild Card’ berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir dan ini merupakan satu pencapaian yang patut dibanggakan.

Dalam pada itu, biarpun Homebois sudah tersingkir namun peminat negara masih lagi boleh menarik nafas lega apabila pasukan Selangor Red Giants (SRG) menjadi wakil tunggal negara yang berjaya ke separuh akhir.

SRG kini berpeluang untuk membalas dendam atas kekalahan Homebois kerana mereka akan bertemu NIP Flash pada aksi separuh akhir yang akan berlangsung pada 13 Julai (esok).

Manakala satu lagi aksi separuh akhir akan melibatkan pasukan Liquid Echo menentang Falcons AP Bren.

Apa pun kita doakan kejayaan pasukan SRG untuk cuba menang pada aksi separuh akhir sekaligus cuba mencipta sejarah mara ke perlawanan akhir sekaligus berpeluang untuk menjulang kejuaraan MSC 2024 buat pertama kali bukan sahaja untuk pasukan mereka sendiri tetapi juga untuk negara.