Soloz bakal wujudkan pasukan baru untuk beraksi di MPL MY

201

Bekas pemain profesional e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) terkenal, Soloz memberitahu bahawa beliau akan menubuhkan pasukan baru yang akan bersaing di Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY).

Menurut Soloz, beliau sudah lama memasang impian untuk ada sebuah pasukan MLBB dan ia akan menjadi kenyataan selepas beliau kini sudah mempunyai pihak yang berminat untuk menjadi pemilik bersama.


“Sebelum ini saya selalu tengok muka-muka yang sama saja iaitu pasukan yang sama dan pemain yang sama jadi saya pun cuba nak buat pasukan tapi tak cukup duit.

Untuk saya buat seorang memang tak boleh jadi saya cari pemilik bersama, jadi bila benda ni sudah buat kita mahu beri saingan sihat kerana e-sukan di negara semakin berkembang,”

katanya.

Soloz juga gembira melihat pasukan Selangor Red Giants (SRG) berjaya mencipta sejarah apabila menjadi juara MSC Esports World Cup 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

Dalam pada itu, Soloz juga tampil menjelaskan kontroversi yang mengatakan beliau akan mengambil pemain dari pasukan Homebois.

“Sebenarnya tak ada apa-apa pun berkenaan Homebois dan saya kami sudah ada perbincangan tapi tak sangka berita keluar jadi lain. Mungkin apa yang tersebar itu adalah maklumat yang salah.”

Sementara itu, Soloz ditemui ketika pelancaran Kopi Saigon Dark System Series hasil kolaborasi bersama dirinya dan XK Penjahat.