E-sukan sangat dekat dengan orang Malaysia sebab itu kami e-sukan – Asyraf Kamal
Pengasas Kopi Saigon, Asyraf Kamal memberitahu pihaknya memilih untuk berkolaborasi dengan e-sukan kerana merasakan e-sukan ketika ini sangat dekat dengan orang Malaysia ketika ini.
“Kita pilih e-sukan sebab tengah ‘trending’. Kita sebelum ini juga sudah ‘engage’ dengan komuniti skateboarding dan kali ini adalah masa yang tepat untuk kami untuk kolaborasi dengan industri e-sukan.
Kita sudah buat perancangan ini sudah lama kira-kira empat bulan dan kebetulan beberapa hari lepas pusukan Selangor Red Giants (SRG) berjaya jadi juara dunia, jadi itu bantu kita dari segi pendedahan dan meletup,”
katanya.
Seluruh Malaysia kini sedang ‘demam’ e-sukan apabila SRG berjaya mencipta sejarah apabila berjaya menjuarai MSC Esports World Cup 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.
Dalam pada itu, Asyraf turut berkongsi mengenai keputusannya untuk melancarkan Dark System Series X Kopi Saigon bersama dua bekas pemain profesional e-sukan terkemuka iaitu Soloz dan XK Penjahat.
“Kolaborasi ini terjadi bila kita rasa pasaran e-sukan tengah meningkat di Malaysia terutamanya dalam kalangan golongan muda.
Kopi Saigon dari awal peminat-peminatnya adalah orang golongan ‘middle age’ ke atas jadi kita terpanggil untuk menghargai mereka dengan kolaborasi dengan idola mereka, jadi bayangkan adik-adik yang main ‘game’ dan mengidolakan Soloz mereka nampak Kopi Saigon yang mereka minum ni kolaborasi dengan Soloz dan keluarkan produk khas untuk ‘gamers’.”
Sementara itu, kempen Dark System Series akan menawarkan tiga produk minuman baru dari Kopi Saigon iaitu Dark Fighter (Vanilla Choco), Dark Assassin (Apple Passion) dan Dark Mage (Milky Peach Passion).