Bola sepak wanita Jepun ‘high level’, manakala di Eropah lebih fizikal – Mana Iwabuchi

58

Lagenda bola sepak wanita Jepun, Mana Iwabuchi mengakui terdapat perbezaan dari segi kualiti bola sepak wanita di Jepun dan juga di Eropah.

Menurut Iwabuchi, bola sepak wanita di negaranya berada pada tahap tertinggi manakala di Eropah pula lebih kepada fizikal.


“Bagi saya bola sepak wanita Jepun lebih ‘high level’ di dunia manakala corak permainan di Eropah pula lebih kepada fizikal,”

katanya.

Iwabuchi berkata demikian berdasarkan pengalamannya luasnya sebelum ini yang pernah beraksi di Eropah untuk tempoh yang lama.

Beliau memulakan kariernya di Eropah pada tahun 2012 dengan menyertai 1899 Hoffenheim, Bayern Munich, Aston Villa, Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Dalam pada itu, Iwabuchi turut menasihati pemain-pemain dari Asia supaya untuk belajar Bahasa Inggeris sekiranya mahu melebarkan sayap ke Eropah.

“Semasa saya di Arsenal, saya cukup bergelut dengan bahasa jadi belajarlah Bahasa Inggeris jika mahu ke Eropah.”

Sementara itu, Iwabuchi merupakan pemain bola sepak wanita paling berjaya di dunia kerana beliau berjaya merangkul pelbagai kejuaraan bersama kelab mahu pun bersama pasukan kebangsaan termasuk pernah menjuarai FIFA Piala Dunia Wanita pada tahun 2011.