KBS sedang berbincang dengan Persatuan pusat beli-belah untuk wujudkan tempat latihan ‘indoor sports’

41

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh memberitahu bahawa pihaknya kini sedang membuat perbincangan dengan Persatuan Pusat Membeli-belah Malaysia (MSMA) untuk mewujudkan tempat latihan untuk ‘indoor sports’.

Menurut Hannah, selain pusat beli-belah pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan pihak universiti-universiti untuk sukan ‘outdoor’.


“Sekarang ini untuk kita bina stadium baru khas untuk satu jenis sukan memang sukar untuk KBS sebab kita ada banyak jenis sukan, jadi kita buat ‘matching’ yang mana kita buat perbincangan dengan Persatuan pusat beli-belah kerana mereka mempunyai banyak tempat untuk latihan sukan terutamanya ‘indoor sports’.

Ini kerana ‘indoor sports’ hanya perlukan ruangan gelanggang sahaja jadi perbincangan dan ‘match matching’ sedang giat dilaksanakan.

Kita juga buat perbincangan dengan universiti-universiti yang mana saya bagi contoh untuk sukan bola lisut di UPM, UiTM juga ada bola sepak wanita dan lawnbowl dengan UM dan semua itu sedang berjalan,”

katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai permintaan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang mahukan sebuah stadium khas untuk sukan itu.

Dalam pada itu, Hannah berkata dengan kekurangan stadium di Lembah Klang yang sentiasa penuh dengan aktiviti sukan, beliau mengalu-alukan pihak swasta yang mahu bina fasiliti baru dapat mempertimbangkan untuk turut bina stadium tertutup.

“Jadi untuk ‘private sector’ yang banyak duit nak bina fasiliti saya cadangkan bina stadium ‘indoor’ kerana permintaan sangat tinggi di semua tempat.”

Hannah berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas majlis perbincangan meja bulat tentang pembudayaan sukan dalam kalangan warga emas siri II tahun 2024.