Saya bimbang apa yang jadi kepada Vietnam, jadi kepada Harimau Malaya – Syafik Arbain

58

Peletakan jawatan serta merta oleh ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon (KPG) baru-baru ini telah mengejutkan peminat bola sepak seluruh negara berikutan kontrak pengendali Harimau Malaya itu masih berbaki lebih setahun.

Antara yang terkejut dengan keputusan pengendali dari Korea Selatan itu adalah seorang Ekor Harimau Malaya iaitu Muhamad Syafiq Arbain yang mana beliau menyuarakan kebimbangannya terhadap prestasi skuad negara selepas pemergian Pan-gon.


Menurut Syafik, beliau bimbang prestasi Malaysia akan menurun seperti pasukan kebangsaan Vietnam selepas pemergian ketua jurulatih mereka iaitu Park Hang-seo.

“Masa beliau (KPG) buat sidang media mengumumkan peletakan jawatannya saya merasakan ia bukan sesuatu yang baik dan rasa sebak dan bagi saya peletakan jawatan itu bukan jalan penyelesaian sebaliknya saya merasakan beliau perlu terus kekal sehingga kontraknya tamat.

Berdasarkan prestasi keseluruhan, beliau telah berjaya membawa skuad Harimau Malaya ke satu tahap lebih baik yang mana sebelum kita berada di ranking 154 dunia dan sejak beliau ambil alih, beliau telah berjaya bawa pasukan kebangsaan naik ke 134 dunia.

Bila kita ambil ketua jurulatih baharu kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti samada menjadi atau tidak. Kita ambil contoh pasukan Vietnam, selepas ketua jurulatih Park Hang-seo letak jawatan kitab oleh tengok prestasi mereka yang semakin menurun, jadi saya takut perkara itu jadi pada pasukan Malaysia,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, susulan peletakan jawatan Pan-gon skuad negara kini dikendalikan oleh Pau Marti Vicente sebagai pemangku ketua jurulatih sementara pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencari pengganti.

Tambah Syafik lagi, beliau juga yakin mana-mana jurulatih baharu yang mengendalikan pasukan kebangsaan akan berdepan masalah sama bila permainan pasukan hambar.

“Saya rasa jurulatih mana sekali pun kalau tiba-tiba beberapa perlawanan kita main hambar seperti yang dilalui oleh Pan-gon sebelum ini ketika menentang Oman, peminat akan menyuarakan perkara sama iaitu ‘letak jawatan jelah’. Benda yang sama akan berulang.”