Kalau kita nak ‘fight’ untuk LA 2028, kita perlu mula buat persiapan dari sekarang – Aaron-Wooi Yik

29

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 beregu badminton lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memberitahu bahawa mereka hanya mempunyai tempoh rehat untuk beberapa hari sahaja sebelum kembali menyertai kejohanan antarabangsa.

“Hanya ada cuti untuk beberapa hari sahaja dan akan menyertai Terbuka Jepun dan Korea. Tidak ada banyak masa untuk kami berehat, jadi tempoh beberapa hari ini saya akan luangkan masa bersama keluarga,”

ujar Aaron

Menurut Aaron, biarpun temasya Olimpik sudah pun melabuhkan tirai namun mereka perlu terus buat persiapan untuk Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).


“Saya rasa kami masih banyak ruang untuk ‘improve’ lagi, memang kita haru buat persiapan bermula sekarang sekiranya kita betul-betul nak ‘fight’ untuk LA 2028 memang beberapa tahun ini kita kena mula buat persiapan dan jaga kesihatan.”

Aaron berkata demikian selepas pasukan badminton negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Dalam pada itu, Soh Wooi Yik pula memberitahu bahawa mereka sudah buat yang terbaik sepanjang temasya berlangsung namun terpaksa akur dengan kehebatan pasangan beregu daripada China ketika aksi di separuh akhir.

“Saya rasa semua sasar pingat emas dan kami juga sasar pingat emas jadi ia menjadi sangat sukar kerana ia sangat kompetitif, semua pasukan membuat analisis permainan kami dan kami juga membuat perkara sama.

Di separuh akhir saya rasa percaturan beregu China ketika menentang kita menjadi dan tanpa ragu-ragu mereka masih yang terbaik, tapi kami juga sudah buat yang terbaik dan telah beri segala-galanya jadi kami berpuas hati dengan persembahan kami.”