Harap Beyblade akan dimasukkan ke temasya Sukan Olimpik satu hari nanti – Wan

48

Seorang pemain Beyblade iaitu Wan berharap agar permainan Beyblade dapat diiktiraf sebagai sukan dan dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik satu hari nanti.

“Harapan saya nak tengok Beyblade masuk Olimpik satu hari nanti,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Wan merupakan salah seorang pemain Beyblade ‘otai’ dalam kumpulan WAIBBA Malaysia yang mana beliau bukan sahaja bertanding di peringkat tempatan tetapi juga sehingga ke peringkat antarabangsa.


“Banyak kejohanan yang saya sertainya antaranya G1, G2, G3 dan G4, malah saya juga sertai pertandingan di peringkat antarabangsa.”

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam permainan Beyblade, Wan berkata beliau pada mulanya hanya menemani anaknya bermain sahaja tetapi lama-kelamaan beliau turut menyertainya.

“Saya mula main Beyblade pada tahun 2018 yang mana bermula apabila saya bawa anak tapi kemudian saya yang terjebak sehinggalah sekarang.”

Sementara itu, biarpun permainan Beyblade ini cukup popular dalam kalangan kanak-kanak pada era awal tahun 2001 namun popularitinya semakin menurun.

Bagaimanapun permainan itu kembali menjadi popular selepas pandemik COVID-19.