Dhabitah Sabri mahu berehat dahulu sebelum fikir perancangan seterusnya

52

Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri memberitahu beliau mahu berehat dahulu selepas pulang dari temasya Sukan Olimpik Paris 2024 sebelum memikirkan perancangan seterusnya.

Menurut Dhabitah, beliau masih lagi cintakan sukan terjun dan percaya mampu menyumbang banyak lagi untuk negara tetapi beliau perlukan masa terlebih dahulu.


“Saya perlu fikirkan mengenai diri saya terlebih dahulu yang mana saya perlu ‘reset’ diri saya dan masih lagi belum mempunyai kata putus mengenai perancangan apa yang saya nak buat selepas ini kerana sekarang ini saya mahu berehat dahulu,”

katanya.

Pada Olimpik baru-baru ini menamatkan saingan di peringkat akhir di kedudukan ke-12 dalam acara terjun 3 meter (m) papan anjal.

Biarpun gagal mendapat pingat di temasya kali ini, namun Dhabitah tetap berpuas hati dengan persembahannya biarpun gagal bawa pulang pingat untuk negara.

Pada edisi Olimpik Paris, penerjun berusia 25 tahun itu mengakhiri saingan terjun 3 meter papan anjal wanita di kedudukan ke-12.

“Dari tiga Olimpik, semuanya saya berpuas hati walaupun kali ini ianya bukanlah keputusan yang kita mahukan, tetapi saya dan jurulatih gembira dan tidak ada penyesalan kerana kita sudah berikan yang terbaik. Memang tiada penyesalah walaupun banyak perkara yang boleh diperbaiki.”

Tambahnya lagi, sekiranya beliau mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan pastinya beliau akan mendapat keputusan yang lebih baik.

Terdahulu Dhabitah hanya sempat membuat persiapan dalam tempoh yang singkat sahaja selepas mendapat tiket ‘wild card’ pada minit-minit akhir.