Saya tak pernah terfikir ia akan berlaku di Olimpik – Shah Firdaus

53

Jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom memberitahu beliau tidak pernah terfikir perkara (kemalangan) akan berlaku pada dirinya di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 namun terpaksa akur biarpun berasa sedih.

“Kalau saya nak ‘give up’ dah lama saya ‘give up’ kerana perkara ini sudah banyak kali berlaku tapi kali ini paling tak pernah terfikir akan berlaku di Olimpik.

Jadi saya kena ambil masa untuk bertenang dulu dan ‘reset’ semula insyaAllah,”

katanya.

Terdahulu Shah Firdaus yang menjadi wakil tunggal negara dalam acara keirin menyaksikan beliau terpaksa berpuas hati menduduki tempat keempat dalam pusingan final selepas beliau terlibat dalam insiden pelanggaran dengan pelumba Jepun dan Great Britain.


Dalam pada itu, Shah Firdaus juga berkata beliau menghormati apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh rakan seperjuangan Datuk Azizulhasni Awang yang sebelum ini memberi bayangan bakal bersara dari sukan berbasikal.

“Apa pun saya hormat keputusan Datuk Azizulhasni kerana beliau sudah buat terlalu banyak untuk negara dan sudah letak satu ‘benchmark’ tinggi untuk pasukan berbasikal trek negara jadi orang tidak boleh pertikai keputusan apa yang beliau akan buat.”

Sementara itu, Shah Firdaus juga bangga melihat perkembangan positif adiknya iaitu Ridwan Sahrom yang juga merupakan atlet berbasikal trek negara dan berharap dapat beraksi bersama di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 nanti.