Saya belum sampai tahap maksimum lagi, perlukan masa untuk kembali ke prestasi sebenar – Faisal Halim

89

Pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim memberitahu permainannya masih lagi belum sampai ke tahap maksimum dan beliau perlukan masa lagi untuk kembali ke prestasi sebenarnya.

“Saya bagi apa yang saya mampu, saya rasa 45 minit itu bukan permainan sebenar saya. Kalau nak bandingkan dengan asal dan sekarang saya rasa saya masih belum sampai tahap maksimum lagi.

Saya perlukan masa lagi untuk kembali ke prestasi sebenar jadi saya harap semua dapat beri ruang kepada saya untuk ‘catch up’ dengan rakan-rakan saya,”

katanya.

Pada perlawanan Piala Sultan Selangor 2024 diantara Selangor Selection dan Singapore Selection baru-baru ini, ketua jurulatih Nidzam Jamil telah menurunkan Faisal Halim untuk bermain untuk separuh masa pertama dengan menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan.


Perlawanan berkesudahan dengan Selangor berjaya menang 2-1 sekaligus menjulang kejuaraan.

Dalam pada itu, Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey turut berkata perlawanan tersebut telah mengembalikan keyakinan dirinya.

“Memang tiada sebarang kecederaan, sekurang-kurangnya saya sudah dapat merasa samada perkara itu mengganggu saya atau tidak dan syukur Alhamdulillah walaupun saya jatuh dan tangan kiri saya terkepak tapi tiada yang serius jadi saya rasa ia ‘progress’ yang baik untuk diri saya dan saya kini lebih berkeyakinan.”

Tambahnya lagi, fokus beliau kini adalah untuk mendapatkan semula kecergasan dan kekuatan.

Sementara itu, Faisal dijangka akan diturunkan pada perlawanan akhir Piala FA 2024 menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 24 Ogos ini yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).