Kepulangan penuh emosi Eriksen, hasilkan satu ‘assist’ untuk Brentford!
Christian Eriksen membuat penampilan penuh emosi – 8 bulan selepas mengalami serangan jantung pada Euro 2020.
Perancang tengah yang baru menginjak usia 30 tahun pada Hari Valentine yang lalu, menyambut hari lahirnya dengan tampil dalam aksi perlawanan persahabatan tertutup menentang Southend United XI.
Eriksen beraksi selama sejam dalam perlawanan pertamanya sejak insiden yang mengejutkan pada musim panas yang lalu.
Seperti tidak pernah berehat lama, pemain antarabangsa Denmark itu membuktikan bahawa beliau masih boleh beraksi apabila melakukan satu bantuan jaringan dalam kemenangan 3-2 Brentford, dengan pemain tengah Josh Dasilva meneruskan proses pemulihan kecederaannya dengan mencatatkan hatrik.
⚽⚽⚽ @joshdasilva_
— Brentford FC (@BrentfordFC) February 14, 2022
📄 Today’s Match Report as @ChrisEriksen8 made his return to action ➡ https://t.co/tA0pQMg7KR#BrentfordFC pic.twitter.com/UOvXt1n6GZ
Eriksen sebelum itu telah melengkapkan perpindahan secara percuma ke skuad yang dikenali dengan jolokan The Bees itu pada hari terakhir jendela perpindahan musim sejuk selepas meninggalkan Inter Milan.
Beliau diperkenalkan kepada penyokong-penyokong tuan rumah sebelum perlawanan menentang Crystal Palace yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 0-0.
Dan Eriksen telah bekerja keras di pusat latihan Brentford yang berpengkalan di Hounslow bagi membina kembali kecergasannya.
Sudah pasti pengurus pasukan, Thomas Frank gembira dengan sumbangan pemain tengah itu dalam aksi persahabatan hari ini.