Semasa ada masalah ‘boikot’ tapi bila dah menang, buat-buat lupa pasal boikot – Safee Sali

102

Bekas penyerang prolifik pasukan kebangsaan, Safee Sali telah tampil menyuarakan pandangannya terhadap isu yang sedang berlaku ketika ini melibatkan penyokong bola sepak tanah air yang baru-baru ini mengambil pendekatan untuk ‘boikot’ perlawanan melibatkan skuad Harimau Malaya.

Skuad negara kendalian Pau Marti yang akan turun beraksi pada kejohanan Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 malam ini dijangka akan bermain dihadapan sejumlah kecil penyokong sahaja.


Safee di media sosialnya telah berkata beliau yang ketika itu bermain untuk pasukan kebangsaan juga pernah diboikot oleh penyokong pada Pestabola Merdeka 2007 tetapi apabila mereka berjaya memperoleh kemenangan demi kemenangan, penyokong kembali ke stadium.

“Kami menjadi juara selepas pihak FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) memutuskan untuk menghantar skuad B-23 untuk kejohanan ini. Keputusan menghantar skuad lebih muda adalah atas kekalahan yg memalukan dlm kejohanan piala Asia dan kita adalah wakil tuan rumah bersama ketika itu.

Pada mulanya kejohanan ini menjadi serangan ‘boikot’ dari semua peminat bola sepak tempatan. Tetapi kemenangan demi kemenangan yg ditunjukkan sehinggalah kami melangkah ke final, bermulalah kembali aura peminat dtg semula ke stadium pada ketika itu. Stadium penuh semasa final dan kita menjadi JUARA.

Moral of the story, emosi peminat bolasepak ni mmg ada naik turun. Semasa ada masalah “boikot” tapi bila dah menang, buat2 lupa pasal boikot. Pemain pula, hanya memikul tanggungjawab mewakili negara dan persembahkan permainan yg terbaik utk mencapai kemenangan. Selamat maju jaya Harimau Malaya!”