“Sistem lapuk, sukarkan pasukan yang bertanding”
Itu antara komen-komen peminat bola sepak tempatan mengenai isu panas berkaitan dengan tuntutan bayaran TRW Kelantan FC kepada pihak MFL sehingga pemilik kelab, Norizam bin Tukiman atau Zamsaham mengeluarkan kenyataan pedas di laman Facebook miliknya.
Konflik di antara Zamsaham dan FAM serta MFL turut mendapat pelbagai reaksi para peminat terutamanya di laman Twitter.
Melalui ciapan di laman Twitter milik Rimau XI, kegusaran tentang mutu pengadilan juga dibangkitkan memandangkan pasukan tuan rumah akan membayar dahulu segala elaun pengadil.
Jika bayaran untuk pengadil didahulukan oleh kelab yang diadili, bolehkah kita yakini bahawa pengadil akan jadi adil? pic.twitter.com/sbg09ClqYF
— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) February 13, 2022
Seorang pengguna Twitter, Juan Budiman menyatakan bahawa memang tanggungjawab pasukan tuan rumah untuk mendahulukan bayaran elaun pengadilan sebelum dibayar balik oleh penganjur liga. Beliau juga turut mempersoalkan status pengadil-pengadil di Malaysia yang masih berstatus amatur.
Sudah menjadi satu tanggungjawab pasukan tuan rumah utk bayar elaun sarahidup pegawai pertandingan (termasuk barisan pengadil).Selepas itu penganjur liga (MFL/FAM) akan bayar balik.
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) February 13, 2022
Soalan yg lebih tepat adalah kenapa pengadil di Malaysia masih berstatus amatur? https://t.co/BznsN0yVya
Seorang lagi pengguna, Nizar Irman Nordin pula mempunyai pendapat yang berbeza. Beliau menyatakan bahawa sistem yang digunapakai kini agak ketinggalan zaman dan perlukan pembaharuan.
Bagi saya amalan home team bayar dulu kpd pengadil dan claim kemudian kpd FAM ni, agak ‘outdated’ dan perlu diubah.
— Nizar Irman Nordin (@ninordin) February 14, 2022
Sistem bayaran online dah ada. Mereka hanya perlu claim terus kpd @FAM_Malaysia dan cc kpd @MFL_MY
Tidak wajar pasukan bertanding kena keluar kos tambahan https://t.co/z0DA8CdZTz
Perkongsian daripada saudara Taslim Razin yang menunjukkan jumlah-jumlah tertentu kos yang perlu dibayar kepada pegawai perlawanan berbeza mengikut venue perlawanan dan bandar serta negeri.
Dia berbeza-beza sbb depends pada venue perlawanan kt mana, pengadil dtg dr mana. Tengok kat bhgian bwh baucer ni, diorg bleh klaim Elaun Tugasan, Elaun Perjalanan, Elaun Hotel, etc. Semua ni home team kena dahulukan pembayaran, dan akhir musim baru boleh klaim pada FAM. pic.twitter.com/VtbyEVnaaI
— Taslim Razin (@manarianz5) February 13, 2022
Jika merujuk kepada Manual Liga Malaysia 2021 yang dikeluarkan oleh MFL, memang terdapat perenggan yang menyatakan adalah menjadi tanggungjawab pasukan tuan rumah untuk membayar segala kos dan elaun pegawai pertandingan yang turut melibatkan pengadil.
Persoalan utama, adakah masih lagi relevan sistem yang digunapakai sekarang dalam pertandingan liga? Sudahlah kantung pasukan tidak seberapa, terpaksa pula menanggung kos tambahan.