Chibi sasar untuk jadi juara MPL MY bersama Team Vamos supaya dapat slot ke M6
Pemain e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) pasukan Team Vamos, Chibi meletak sasaran untuk pasukan barunya menjadi juara kejuaraan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-14.
Menurut Chibi, mereka meletak sasaran untuk menjuarai MPL MY kerana mahu slot ke M6 World Championship.
“Kalau sasaran saya dan pasukan saya sudah semestinya mahu menjadi juara kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk kami mendapat slot automatik ke M6.
Jadi apa yang kita boleh sekarang ini adalah kekal fokus dan buat yang terbaik dalam setiap perlawanan,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Chibi berkata demikian selepas tamat perlawanan minggu pertama MPL MY musim ke-14 yang menyaksikan Team Vamos berjaya menewaskan Team Red Esports dengan keputusan 2-0.
Pada perlawanan tersebut juga menyaksikan beliau telah dinobatkan sebagai MVP (Most Valuable Player).
Dalam pada itu, Chibi berkata beliau mengambil segala kritikan terhadap dirinya dari sudut positif yang mana beliau jadikannya sebagai pembakar semangat.
“Bagi saya kritikan mereka menjadi pembakar semangat buat saya jadi lebih banyak kritikan lagi bersemangat saya. Saya sentiasa tukarkan perkara negatif kepada positif.”
Sementara itu, Chibi berkata tiada perbezaan ketara yang berlaku terhadap dirinya biarpun pada musim ini beliau bersama pasukan baru.