Ziyad Zolkefli tekad mahu raih pingat emas di Paralimpik LA 2028

13

Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli bertekad akan terus berentap di temasya Sukan Paralimpik Los Angeles 2028 untuk mengulangi kejayaannya merangkul pingat emas di temasya Paralimpik Rio 2016.

Ziyad berkata demikian selepas impiannya untuk merangkul pingat emas di Paralimpik Paris 2024 baru-baru ini tidak kesampaian selepas beliau hanya memperoleh pingat perak.


“Sudah semestinya saya akan cuba sedaya upaya berlatih dengan lebih keras lagi untuk mencapai impian memenangi pingat emas jadi saya akan cuba buat yang terbaik di LA 2028 nanti,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Terdahulu pada aksi final acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual), Ziyad merekodkan catatan terbaiknya pada percubaan ketiga dengan lontaran sejauh 17.8 meter (m).

Dalam pada itu, Ziyad berkata biarpun beliau pernah terpalit dengan tragedi hitam di Paralimpik Tokyo, namun beliau telah buktikan kemampuannya apabila berjaya bawa pulang pingat perak buat negara.

“Memang inilah masa nak tunjuk sebab temasya lepas kita mengalami sejarah hitam jadi bila dapat peluang lagi saya buktikanlah saya masih berada di pentas dunia dengan berjaya bawa balik pingat perak.”