Qaseh Rania sudah sedia bantu Malayan Tigress untuk aksi kelayakan Piala Asia B-17

13

Pemain bola sepak wanita negara, Qaseh Rania memberitahu beliau sudah bersedia untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan Malayan Tigress untuk kelayakan Piala Asia Wanita B-17 tidak lama lagi.

“Ya, saya sudah bersedia untuk sarung jersi Malayan Tigress,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Rania merupakan antara pemain muda negara yang cukup berbakat yang mana beliau baru sahaja pulang dari Jerman selepas dijemput untuk menyertai sesi percubaan bersama kelab gergasi Vfl Wolfsburg baru-baru ini.


Beliau berada di Jerman selama lima minggu yang mana beliau pada mulanya diletakkan dalam skuad bawah 15 tahun sebelum kemudian diletakkan dalam skuad bawah 17 tahun.

Menurut Rania, biarpun tempohnya di sana singkat tetapi beliau mendapat maklum balas yang cukup positif daripada barisan kejurulatihan di sana.

“Saya berasa bersyukur kerana mendapat komen positif daripada barisan kejurulatihan dan saya suka keadaan di sana yang mana ia sangat berbeza jika hendak dibandingkan di sini.

Apa yang berbeza adalah dari segi mentaliti dan ‘attitude’. Latihan di sana cukup agresif dan berintensiti tinggi yang mana setiap pemain sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap sesi latihan.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen