Saya akan cuba dapatkan ‘cup’ untuk Tengku Nana – Farish Azka
Pemain sayap TSS Selangor, Muhammad Farish Azka memberitahu beliau bertekad mahu bantu pasukan menjuarai kejohanan Borneo Cup 2024 sebagai hadiah buat pemilik kelab itu iaitu Tengku Shakirinal Sulaiman Shah atau juga dikenali sebagai Tengku Nana.
“Terima kasih Tengku Nana sebab bawa kami sertai kejohanan ini jadi kami akan cuba dapatkan ‘cup’ untuk Tengku Nana,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Farish pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan juga barisan kejurulatihan yang sentiasa memberi sokongan dan percaya padanya.
Dalam pada itu, biarpun bermain di posisi sayap, namun Farish telah memperlihatkan aksi yang cukup cemerlang apabila berjaya menjaringkan hatrik dalam aksi hari pertama.
“Sangat gembira dapat jaringkan hatrik kerana belum pernah saya jaringkan hatrik sebelum ini jadi saya akan terus bekerja keras.
Esok (hari ini) kita akan cuba bermain dengan lebih baik lagi untuk cuba bawa pasukan menjadi juara.”
TSS beraksi cemerlang pada hari pertama Borneo Cup selepas menyaksikan mereka berjaya menang besar dalam dua perlawanan menewaskan pasukan Anak Badak dengan keputusan 8-0 dan MMT juga dengan keputusan 8-0.
Sementara itu, Farish turut memberitahu beliau menjadi pemain kebangsaan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman sebagai idolanya.