Danish Danial sasar pingat di Para SUKMA Sarawak 2024

32

Atlet para boling padang Selangor, Danish Danial mahu memperbaiki prestasinya di temasya Para SUKMA Sarawak 2024 dengan meletak sasaran untuk cuba membawa pulang pingat pertamanya dalam kategori B8.

Menurut Danish, beliau yang membuat penampilan pertamanya di Para SUKMA Kuala Lumpur.


“Pada penampilan pertama saya di Para SUKMA KL 2022 saya tidak mendapat sebarang pingat sebaliknya sekadar berada di kedudukan Top 8.

Jadi sasaran saya untuk SUKMA kali ini sudah semestinya mahu dapatkan pingat, tidak kira warna pingat apa sekali pun,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambah Danish lagi, selain sasar untuk mendapatkan pingat pasukan boling padang Selangor juga meletak sasaran untuk cuba memperbaharui rekod Para SUKMA edisi lepas.

Selain menjadi atlet para boling padang Danish juga merupakan atlet e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) yang mana beliau pernah meraih pingat perak pada Sukan Para Kemboja 2023.

Dalam pada itu, Danish sentiasa menjadikan kekurangannya sebagai kelebihan buat dirinya dan sentiasa berfikiran positif dan fokus dengan apa yang dilakukannya.

Untuk pengetahuan, Danish mengalami lumpuh di tangan kiri selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 2018.