Impian saya nak main untuk Selangor FC – Aryan Rizqy

141

Pemain cilik dari pasukan TSS Selangor, Muhammad Aryan Rizqy menyuarakan impiannya untuk menyarung jersi kelab Selangor FC satu hari nanti.

“Cita-cita saya nak main untuk Selangor! Idola saya adalah ayah saya sendiri,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Aryan merupakan anak kepada bekas pemain kebangsaan dan Selangor terkenal iaitu Razman Roslan.


Dalam pada itu, Aryan menjadi antara tonggak utama dalam pasukan TSS Selangor yang kini beraksi di kejohanan Borneo Cup 2024 yang sedang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.

Dua jaringannya pada aksi separuh akhir telah berjaya membawa pasukannya mara ke perlawanan akhir biarpun terpaksa bermain dalam keadaan panas terik.

“Saya berasa gembira sebab dapat jaringkan dua gol. Terima kasih kepada jurulatih yang banyak ajar saya dan rakan sepasukan yang membantu ketika di atas padang.

Bermain dalam keadaan panas terik kena banyak lakukan ‘passing’, jangan hilang bola dan main ‘simple’ saja.”

Untuk perlawanan akhir, Aryan berkata mereka perlu lebih berdisiplin sepanjang tempoh perlawanan dan sentiasa memberi sokongan biarpun tidak menguasai bola.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen