Harap dapat lihat ‘legend’ seperti Matlan Marjan yang baru satu hari nanti – Emanuel Awang

40

Penyelaras kejohanan Malaysia Borneo Football Cup, Emanuel Awang menyuarakan hasratnya untuk kembali melihat lagenda bola sepak Sabah selepas Matlan Marjan yang baru satu hari nanti.

Menurut Emanuel, Sabah mempunyai ramai pemain yang berpotensi tetapi ianya bergantung kepada ketua jurulatih untuk memberi pemain itu lebih pendedahan.


“Betul, kita mempunyai beberapa pemain yang berpotensi terutamanya di Sabah tapi apabila melihat dari potensi jurulatih, itu terpulang kepada jurulatih untuk ‘expose’ lebih jauh.

Dan harap-harap kami ada kembali ‘legend’ seperti Matlan Marjan, Jaya Kassim dan beberapa lagilah,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Emanuel turut berkata kejohanan Borneo Cup pada tahun ini cukup menarik yang mana ia disertai oleh beberapa pasukan baru yang bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga luar negara.

Menurut Emanuel kejohanan seperti ini akan memberi peluang kepada pasukan-pasukan dari negara untuk bersaing dengan pasukan dari luar negara.

“Apa yang menarik di sini bagi pasukan tempatan bersaing lebih maju dengan pasukan-pasukan dari luar Sabah dan juga luar negara.”

Sementara itu, beliau juga berkata kejohanan di peringkat akar umbi ini dapat membentuk disiplin pemain dan jika mereka tidak berdisiplin pemain itu tidak akan maju.