Teruja dapat realisasikan sasaran jurulatih dan Tengku Nana jadi juara Borneo Cup – Shareef Ikssan
Pemain pasukan TSS Selangor, Shareef Ikssan gembira dan bersyukur apabila pasukan mereka berjaya menjadi juara pada kejohanan Borneo Cup 2024 selepas menewaskan pasukan dari Hong Kong iaitu HKJFL.
Pada perlawanan akhir tersebut menyaksikan TSS Selangor menewaskan HKJFL dengan keputusan 3-0.
“Pertama sekali Alhamdulillah kerana kami berjaya menjadi juara Borneo Cup ini dan kami telah dapat apa yang jurulatih nak dan Tengku Nana mahu dimana kali telah berjaya buktikan kemampuan kami,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Shareef pada masa sama berkata biarpun beliau dirantai pemain pertahanan lawan yang lebih besar tetapi beliau tetap berusaha untuk menembusi barisan pertahanan dan berjaya melakukannya.
Dalam pada itu, Aryan Rizqy pula berkata biarpun terpaksa berdepan lawan yang lebih besar tetapi ia tidak menjadi masalah buat dirinya.
“Memang agak takut tapi saya kena terus bersemangat untuk tewaskan mereka.”
Mereka turut gembira dengan kemenangan ini yang mana ia bukan sahaja untuk TSS Selangor sendiri tetapi juga gembira dapat banggakan rakyat Malaysia.
Sementara itu, sokongan daripada penyokong dari Sabah turut memberi tonik tambahan buat mereka untuk mempamerkan aksi terbaik mereka.