Arif Radzuan enggan selesa dengan pujian sebaliknya mahu terus bekerja keras
Pemain tengah pasukan TSS Selangor, Arif Radzuan memberitahu beliau enggan berasa selesa dengan pujian daripada orang ramai terhadap kualiti permainannya kerana merasakan perjalanan karier bola sepaknya masih panjang.
Menurut Arif, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan beliau akan terus bekerja keras untuk menjadi seorang pemain yang berkualiti.
“Masa saya masih panjang dalam karier bola sepak dan saya yakin saya mampu pergi dengan lebih jauh lagi.
Saya masih ingat dengan kata-kata yang mana kita perlu terus belajar sehingga berjaya di peringkat antarabangsa,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Arif merupakan salah seorang tonggak utama dalam skuad TSS Selangor yang mana beliau membantu pasukannya menjulang kejuaraan Borneo Cup 2024 selepas menewas kelab dari Hong Kong iaitu HKJFL FC 3-0 pada aksi akhir.
Beliau pada masa sama turut berkata kejayaan menjulang trofi kejuaraan adalah hasil kerja keras seluruh pasukan.
Dalam pada itu, Arif juga mengucapkan terima kepada keluarga dan juga pemilik TSS Selangor iaitu Tengku Nana yang banyak berkorban bagi memastikan mereka dapat bersaing di kejohanan-kejohanan bertaraf antarabangsa.