Kami tak ‘adapt’ dengan pasukan lawan sebaliknya main ‘gaya Borneo FC’ – Pieter Huistra

77

Ketua jurulatih Borneo FC, Pieter Huistra memberitahu pasukannya tidak akan cuba menyesuaikan diri dengan permainan pasukan lawan sebaliknya hanya akan bermain dengan corak permainan mereka sendiri.

Menurut Pieter, beliau tahu bagaimana corak permainan KL City FC dan sudah pun bersiap sedia untuk aksi malam ini.


“Ya kami tahu bagaimana permainan KL City dan juga tahu pemain mereka. Kami juga sudah bersiap sedia untuk perlawanan malam ini.

Kami akan cuba mudahkan permainan kami yang mana ketika kami bermain, kami tidak ‘adapt’ dengan permainan pasukan lawan, sebaliknya kami akan main dengan gaya sendiri iaitu ‘gaya Borneo FC’,”

katanya.

Borneo akan turun menentang KL City dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan ASEAN Club Championship (ACC) 2024/25 yang akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Pieter juga memberitahu beliau masih belum membuat keputusan mengenai barisan kesebelasan utama untuk aksi malam ini dek mereka mereka mempunyai lapan pemain import dan kesemuanya bebas dari sebarang kecederaan.

“Kami ada lapan pemain import dan untuk aksi esok (malam ini) kami hanya boleh turunkan lima sahaja jadi ia menjadi ‘puzzle’ buat saya untuk fikirkan pemain manakah yang akan diturunkan.”

Sementara itu, Borneo kini merupakan pendahulu Kumpulan A satu perlawanan dengan tiga mata berkongsi mata dengan dua lagi pasukan iaitu KL City dan Cong An Hanoi dengan dibezakan dengan jumlah jaringan sahaja.