Tengku Nana tak pernah berkira wang ringgit – Amin Yaakob

20

Jurulatih pasukan TSS Selangor B-11, Mohd Amin Yaakob cukup berterima kasih kepada pemilik TSS Selangor, Tengku Shakirinal Shah atau lebih mesra dengan panggilan Tengku Nana kerana banyak berkorban dari segi kewangan dan juga pendedahan di dalam dan juga luar negara.

“Pada pandangan saya bukan saya yang memainkan peranan sepenuhnya tetapi saya melihat ini adalah salah satu inisiatif daripada bantuan yang besar daripada Tengku Nana kerana banyak memberi kami peluang dan pendedahan.

Wang ringgit bukan satu masalah bagi beliau asalkan anak-anak bermain dan itulah prinsip beliau pegang sehingga kini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, kecemerlangan TSS Selangor juga disumbang oleh golongan ibu bapa pemain yang sentiasa positif dan meletak kepercayaan penuh kepada mereka.


Amin berkata demikian selepas TSS Selangor B-11 berjaya menjulang trofi Malaysia Borneo Football Cup 2024 selepas menewaskan kelab dari Hong Kong iaitu HKJFL dengan keputusan 3-0 pada perlawanan akhir baru-baru ini.

Dalam pada itu, Amin turut memberitahu mereka membuat persiapan lebih awal apabila mengambil keputusan untuk menyertai kejohanan ini yang mana mereka akan bermain 11 sebelah dengan menggunakan padang besar.

“Sebelum ini untuk kejohanan peringkat akar umbi selalunya bermain tujuh sebelah atau lapan sebelah tapi untuk Borneo Cup memang semua sedia maklum kita akan bermain 11 sebelah dan juga saiz padang besar.

Oleh sebab itu, kita buat persiapan lebih awal yang mana bulan Mei kita dah mula buat persiapan.”

Beliau pada masa sama turut memuji program pembangunan akar umbi Sabah yang mana mereka mempunyai ramai bakat-bakat yang berpotensi.

Sementara itu, Amin berkata kejayaan terbaru ini memberinya kegembiraan berganda selepas sebelum ini beliau berjaya membawa pasukan MSSM Selangor menjadi jaura B-12 baru-baru ini.

“Alhamdulillah seperti yang anda tahu baru-baru ini kita berjaya menjadi juara MSSM jadi bagi saya kemanisan itu berlanjutan kerana MSSM adalah satu kejohanan yang sangat besar di mana di Malaysia ia adalah kejohanan nombor satu.

Kemanisan itu sangat dirasai kerana kami di Selangor agak tekanan sebab Selangor adalah salah sebuah pasukan gergasi, akar umbinya sangat baik dan Alhamdulilah walaupun pelbagai tekanan kami terima, anak-anak telah buktikan bahawa Selangor masih lagi relevan dan salah satu gergasi bola sepak Malaysia.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen