Untuk footgolf Malaysia, kita sebenarnya sudah ‘next level’ untuk ke Piala Dunia – Zulhilmi Zaki

17

Pemain footgolf Malaysia, Zulhimi Zaki memberitahu bahawa pasukan footgolf Malaysia sudah berada di tahap tinggi dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan tiada masalah untuk cemerlang di Piala Dunia Footgolf.

Menurut Zulhilmi, pasukan footgolf negara kini merupakan pasukan terbaik di rantau Asia bersaing hebat dengan pasukan dari Jepun.


“Untuk footgolf Malaysia saya rasa kita sebenarnya sudah ‘next level’ dan bersaing di Piala Dunia saya rasa kita ada peluang untuk berada dalam kedudukan Top 4.

Kerana di Asia ini kita antara No.2 atau No.1 terbaik selain Jepun, jadi kita tahu footgolf di Malaysia semakin meningkat dan pemain-pemain kita juga semakin berkualiti,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Zulhilmi berkata demikian selepas tamat kejohanan Terbuka Malaysia 2024 yang berlangsung di The Els Club – Desaru Coast dari 23 hingga 29 September 2024.

Dalam pada itu, Zulhilmi turut berpuas hati dengan prestasi semasanya yang mana penat lelahnya selama ini telah membuahkan hasil.

“Saya bangga dengan pencapaian saya, dengan penat lelah saya berlatih saya amat berpuas hati dengan kedudukan ranking saya sekarang ini di mana di peringkat Asia saya berada di kedudukan ke-7, di Malaysia di kedudukan ke-2 dan kedudukan dunia saya berada di kedudukan 40 lebih.”

Tambahnya lagi, beliau tidak mahu berasa selesa sebaliknya mahu terus tingkatkan usahanya untuk menjadi salah seorang pemain footgolf terbaik di dunia.