Saya mahu buktikan kemampuan saya aksi persahabatan antarabangsa – Nurul Afrina
Pemain pertahanan pasukan kebangsan Malayan Tigress B-17, Nurul Afrina memberitahu beliau akan menggunakan peluang yang diberikan untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan dengan sebaik mungkin untuk buktikan kemampuannya.
“Saya nak tunjukkan kepada semua apa yang saya boleh buat,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Afrina berkata demikian selepas namanya tersenarai dalam skuad Malayan Tigress B-17 yang akan terbang ke Jordan bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 menentang Jordan dan Palestin dari 2 hingga 8 Oktober 2024.
Beliau pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya yang sentiasa menyokong penuh impiannya untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
Sementara itu, perlawanan persahabatan antarabangsa ini juga merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia Wanita B-17 2026 yang akan berlangsung pada tahun hadapan.
Skuad kendalian Cameron Ng dijadualkan akan menentang Jordan pada 5 Oktober sebelum bertemu Palestin pada 7 Oktober.