Impian saya mahu bermain di luar negara – Keisha Adeliena
Pemain pasukan kebangsaan wanita Malayan Tigress B-17, Keisha Adeliena memberitahu beliau memasang impian untuk bermain di luar negara satu hari nanti.
“Impian saya mahu bermain bola sepak di luar negara,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Keisha pada masa sama turut teruja apabila beliau tersenarai dalam 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Cameron Ng bagi menyertai kem latihan pusat yang bermula 27 September lalu.
Menurut Keisha, ia merupakan satu pencapaian besar untuk menyarung jersi Malayan Tigress.
“Satu pencapian besar bermain untuk Malaysia dan saya mahu tunjukkan kepada semua kemampuan saya dengan memberikan persembahan terbaik saya.”
Skuad negara dijadual akan mengharungi dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 menentang Jordan dan Palestin di Jordan dari 2 hingga 8 Oktober 2024.
Dalam pada itu, perlawanan persahabatan antarabangsa ini juga adalah sebahagian daripada persiapan pasukan bagi menghadapi cabaran pusingan kelayakan Piala Asia Wanita B-17 2026 pada tahun hadapan.