Cebu FC adalah yang terbaik di Filipina tapi Selangor FC juga antara kelab terbaik di Malaysia – Safuwan Baharudin

1,020

Ketua pasukan Selangor FC, Safuwan Baharudin mengakui cabaran besar menanti mereka pada perlawanan kedua peringkat kumpulan AFC Champions League 2 (ACL2) menentang Cebu FC esok di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Menurut Safuwan, mereka tidak akan hanya memberi fokus kepada beberapa pemain lawan sahaja sebaliknya perlu beri perhatian kepada kesemua pemain kerana mereka adalah sebuah pasukan yang bagus.


“Kami sudah melihat video analisis Cebu dan kami tidak boleh hanya kenal pasti beebrapa pemain sahaja kerana sebagai satu pasukan mereka sangat kuat dalam bertahan dan perlu merantai penyerang mereka dari Jepun yang sering melakukan larian tanpa bola.

Jika anda melihat kepada Cebu ia akan menjadi perlawanan yang menarik kerana mereka adalah pasukan terbaik di Liga Filipina dan kami juga adalah antara yang terbaik di Liga Super.

Jadi kita tidak boleh turun beraksi esok dengan hanya memberi tumpuan kepada seseorang pemain sahaja,”

katanya.

Dalam pada itu, Safuwan juga berkata kesemua pemain berada dalam keadaan bermotivasi kerana mempunyai keputusan positif dalam beberapa perlawanan sebelum ini yang dapat membantu untuk perlawanan esok.

Selangor yang bermain dalam Kumpulan H ketika ini berada di kedudukan kedua kumpulan selepas mengutip satu mata ketika menentang Muangthong United FC baru-baru ini.

Untuk aksi peringkat kumpulan hanya dua pasukan teratas sahaja yang akan mara ke peringkat suku akhir.