Kami ambil serius aksi menentang Sabah FA kerana mahu mulakan kempen AWCL dengan langkah kanan – Kim Eun Sook
Ketua jurulatih Incheon Red Angels, Kim Eun Sook memberitahu mereka mengambil serius untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang Sabah FA hari ini kerana mahu pastikan dapat mulakan kempen AFC Women’s Champions League (AWCL) dengan langkah kanan.
“Kami sudah menonton beberapa perlawanan pihak lawan (Sabah) dan esok (hari ini) adalah perlawanan pertama kami jadi kami ambil serius bagi memastikan kami memulakan kempen AWCL dengan keputusan positif.
Bagaimanapun kami tetap menghormati pasukan lawan,”
katanya.
Dalam pada itu, ketua pasukan Kim Hye Ri mengakui pasukan mereka adalah pasukan pilihan tetapi mereka tidak akan bersikap terlalu yakin sebaliknya akan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.
“Ya, kami memang pasukan pilihan. Kami di sini mewakili negara Korea Selatan dan ia adalah satu tanggungjawab besar jadi kami akan memberikan persembahan terbaik untuk dapatkan keputusan positif.”
Incheon Red Angels telah diundi dalam Kumpulan A bersama Sabah FA (Malaysia), Wuhan Jiangda (China) dan Abu Dhabi Country Club (UAE).