Sukar untuk ‘rate’ persembahan kami tapi kami ‘enjoy’ dengan permainan hari ini – Kim Eun Sook

36

Ketua jurulatih pasukan Incheon Red Angels, Kim Eun Sook memberitahu sukar untuknya mengulas lanjut mengenai prestasi pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FA, namun beliau seronok melihat permainan anak buahnya.

“Sukar untuk ‘rate’ persembahan kami tapi ‘enjoy’ dengan permainan kami hari ini dan gembira dengan keputusan perlawanan,”

katanya.

Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan AFC Women’s Champions League (AWCL) semalam, Incehon Red Angels telah mempamerkan aksi yang hebat untuk membenam pasukan Sabah dan keputusan 3-0.


Kemenangan itu sekaligus menyaksikan pasukan itu kini berada di puncak Kumpulan A dengan tiga mata.

Dalam pada itu, pemain terbaik perlawanan Tereza Engesha berkata persiapan rapi yang dilakukan mereka membuahkan hasil yang dimahukan.

“Kami sudah membuat persiapan rapi untuk ke sini (AWCL) dan kami turun hari ini untuk menang dan kami berjaya melakukannya.”