Saya akan buat yang terbaik untuk skuad futsal negara, harap dapat ke final – Rakphol Sainetngam

23

Ketua jurulatih pasukan futsal Malaysia, Rakphol Sainetngam memberitahu beliau akan buat yang terbaik untuk membantu skuad negara untuk mendapat keputusan positif pada kejohanan Kejuaraan Futsal ASEAN 2024.

“Untuk kejohanan AFF saya harap dan saya akan cuba buat yang terbaik skuad futsal Malaysia dan kita perlu menang perlawanan termasuk menang apabila menentang Thailand.

Saya harap kita dapat ke perlawanan akhir,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Bagi memastikan dapat membentuk sebuah skuad yang mantap, Rakphol Sainetngam telah menggabungkan pemain senior dan muda kerana berkata futsal ketika ini lebih fizikal.


“Semua sedia maklum untuk panggilan kali ini saya menggabungkan pemain berpengalaman dan pemain baru kerana dalam futsal sekarang ini fizikal sangat penting.

Ia bukan sahaja untuk kejohanan AFF sahaja sebaliknya pemain-pemain muda ini adalah pemain genarasi akan datang.”

Dalam pada itu, Rakphol Sainetngam turut mengucapkan terima kasih kepada kelab-kelab futsal di negara yang semakin rancak melahirkan bakat-bakat muda.

Beliau pada masa sama juga mengakui mempunyai hubungan yang baik dengan kelab yang mana mudah untuk mereka mendapatkan kerjasama.

“Terima kasih kepada kelab-kelab yang menaikkan bakat muda. Futsal negara kini semakin baik dengan kerjasama antara kelab.”

Sementara itu, Kejuaraan Futsal ASEAN yang akan berlangsung di Nakhon Ratchasima, Thailand dari 2 hingga 11 November 2024, skuad negara telah diundi dalam Kumpulan A bersama Brunei, Vietnam, Thailand dan Timor Leste.