Indra Putra Mahayuddin harap FAM dapat pandang serius bola sepak 7 sebelah

549

Lagenda bola sepak tanah air, Indra Putra Mahayuddin berharap agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat memandang serius dengan bola sepak tujuh sebelah (7s) berikutan ia semakin popular di rantau ini.

“Saya rasa apabila kejohanan ini (Asia 7s Championship) bermain di sini mungkin selepas ini FAM akan pandang serius kerana bola sepak tujuh sebelah ini akan menarik lebih ramai penyokong dan anak-anak kecil untuk bermain sekaligus dapat meningkatkan lagi populariti bola sepak tujuh sebelah di Malaysia,”

katanya.

Indra Putra merupakan salah seorang pemain untuk pasukan Malaysia 7s yang akan berentap untuk kejohanan Asia 7s Championship 2024 yang akan berlangsung EV Arena, Elmina Shah Alam pada 10 hingga 13 Oktober.


Pada kejohanan tersebut, skuad negara akan dikendalikan oleh Sulaiman Hussin yang mana ia akan turut disertai oleh bekas pemain kebangsaan lain seperti Razman Roslan, Abdul Manaf dan ramai lagi.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai persiapan pasukan menjelang kejohanan ini Indra mengakui berdepan cabaran kerana bola sepak tujuh sebelah adalah sesuatu yang baru buat dirinya yang sinonim dengan bola sepak 11 sebelah.

“Ini merupakan perlawanan baru bagi kami dan mungkin sukar kerana kami baru sahaja menjalani latihan selama seminggu lebih.

Sebelum ini kami bermain 11 sebelah jadi bermain tujuh sebelah adalah sesuatu yang baru bagi kami tapi tak banyak beza cuma banyak kerja yang kita perlu buat, insyaAllah kami akan buat yang terbaik nanti.”

Tambahnya lagi, perlawanan bola sepak tujuh sebelah ini beliau dan rakan sepasukan perlu sentiasa bergerak serta cepat buat keputusan.

Skuad negara telah diundi dalam Kumpulan B bersama India, Filipina dan Hong Kong dengan Malaysia akan membuka tirai dengan menentang naib juara edisi lalu iaitu India.

Sementara itu, Asia 7s Championship pada tahun ini disertai oleh lapan pasukan Brunei, Singapura, Vietnam termasuk juara bertahan Jepun.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen