Kami bermain demi lencana di dada! Kami ada ‘bonding’ yang lama – Vorta City

27

Ketua pasukan Vorta City gembira apabila pasukannya berjaya memperoleh kemenangan pertama pada perlawanan minggu pertama Vantra Premier Invitational Social League 24/25.

“Pertamanya kita bermain dengan baik sekali yang mana kesemua pemain berjaya terjemahkan taktikal yang diterapkan oleh ketua jurulatih.

Kemenangan ini akan membuatkan pemain lebih bersemangat dan bermotivasi untuk perlawanan seterusnya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Pada perlawanan minggu pertama Vantra Premier League, Vorta City berjaya memperolehi kemenangan 2-0 ke atas Harlem Madrid.


Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai persembahan yang baik oleh pasukan disumbang oleh keserasian yang mantap dalam kalangan pemain.

“Kelebihan kita semua bermain dengan satu hati, main demi lencana di dada. Lagi pun kami sudah lama bermain bersama jadi sudah ada ‘bonding’ yang kuat.”

Vantra Premier Social League yang berlangsung di J Arena Iskandar Puteri, Johor akan menyaksikan sebanyak lapan pasukan terbaik akan bersaing dalam format ‘home’ dan ‘away’ untuk merebut kejuaraan liga musim 2024/25.