Harapan saya tinggi untuk SRG sekali lagi julang nama Malaysia di M6 – Adeen
Pengulas e-sukan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY), Adeen menaruh harapan yang cukup tinggi untuk pasukan Selangor Red Giants (SRG) untuk sekali lagi membawa nama Malaysia ke persada dunia pada M6 World Championship nanti.
“Sejujurnya untuk pasukan Malaysia bukan saya nak ketepikan pasukan kedua kita tapi harapan saya sangat tinggi kepada SRG untuk sekali lagi bawa nama Malaysia dan SRG sendiri ke persada lebih tinggi.
Sudah tentu SRG sudah menang MSC 2024 yang mana ia sangat-sangat bagus untuk kita jadi saya harap momentum itu dapat diteruskan M6 kali ini,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai saingan MPL MY musim ini Adeen memberi ramalannya terhadap pasukan tiga teratas untuk musim ini.
Tiga pasukan tersebut adalah SRG, Monster Vicious dan Team Vamos.
Sementara itu, Adeen turut gembira melihat perkembangan e-sukan di Malaysia ketika ini yang mana ia semakin mendapat sambutan daripada orang ramai.
Malah beliau juga teruja apabila lebih ramai golongan ibu bapa juga turut sama menyokong minat anak-anak mereka termasuk mereka sendiri turut terlibat dengan e-sukan.