Tomas Trucha tak tahu Penang FC mampu ulangi kejayaan musim lalu atau tidak

507

Ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha tidak dapat memberi gambaran awal mengenai kekuatan pasukanya pada musim ini berikutan kemasukan banyak pemain baru.

Pada musim lalu skuad Harimau Kumbang telah mengejutkan ramai apabila berjaya menduduki tangga ketiga dalam saingan Liga Super pada musim pertama mereka kembali ke liga tertinggi.


“Kejayaan musim ini disumbang oleh keampuhan skuad yang sudah bersama sejak Liga Perdana lagi. Bagaimanapun untuk musim ini kami adalah sebuah pasukan yang baru, jadi banyak perkara yang perlu dibuat semula.

Sememangnya saya ingin memberitahu berapa kuat kami ketika ini atau mahu menyasarkan untuk berada pada kedudukan lebih baik pada musim lalu tetapi saya tidak dapat berbuat demikian kerana hanya masa sahaja dapat menentukan samada kami mantap atau sebaliknya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Penang akan membuka tirai saingan Liga Super apabila bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim pada 4 Mac ini menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim.

Dalam pada itu, Trucha turut mengulas mengenai kehadiran bekas pemain Penang iaitu Faiz Subri yang juga pemenang Anugerah Puskas pada tahun 2016 ke dalam pasukan setelah lebih setahun tidak bermain secara kompetitif dan sudah berusia.

“Saya secara peribadi tidak merasakan umur menjadi satu faktor utama dalam menentukan seseorang pemain itu bagus atau tidak. Ia semua bergantung kepada jika anda dapat perform anda bagus.”

Sementara itu, Trucha mengakui penolongnya Manzoor Azwira merupakan seorang jurulatih yang bagus kerana beliau mempunyai pengalaman menjadi ketua jurulatih yang mana beliau telah buktikan ketika mengemudi pasukan Penang ketika di Liga Perdana.

Manzoor kini sedang menjalani kursus AFC Pro Diploma yang mana pada musim 2023 beliau akan menggantikan Trucha sebagai ketua jurulatih yang baru.