Saya teruja kita akan bertemu juara bertahan Jepun di separuh akhir esok – Sulaiman Hussin

541

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia 7s, Sulaiman Hussin teruja untuk bertemu dengan pasukan juara bertahan Jepun di separuh akhir Asia 7s Championship 2024 yang akan berlangsung esok.

Menurut Sulaiman, beliau pada awalnya berharap mereka akan bertemu Jepun di perlawanan akhir namun sebaliknya berlaku dan beliau menjangkakan perlawanan esok akan menjadi cukup menarik.


“Saya sebenarnya impikan untuk berjumpa dengan Jepun di final tapi ‘terkucil’ sedikit membuatkan kita akan bertemu mereka di separuh akhir.

Pada saya ia merupakan satu perlawanan yang menarik untuk bertembung dengan kuasa besar bola sepak jadi saya rasa sangat teruja.

Kita ada masa 40 minit untuk menentukan antara kita siapa yang terbaik kerana kita tidak boleh mengalah walaupun sedar mereka adalah pasukan kuat,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Skuad Malaysia 7s berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan pasukan Singapura dengan keputusan 5-1.

Terdahulu pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B, anak buah Sulaiman berjaya membenam Hong Kong dengan keputusan 9-0.

Dalam pada itu, Sulaiman juga memberi memuji pemain-pemainnya yang memberikan persembahan yang cukup menakjubkan sepanjang kejohanan berlangsung biarpun pasukan itu baru dibentuk.

“Saya nak ucap tahniah kepada pemain-pemain kerana sejak dari awal lagi kita berjanji mahu bawa pasukan Malaysia sejauh yang mungkin.

Baik pemain senior dan pemain muda telah memberikan persembahan terbaik mereka kerana saya beritahu mereka kita datang sini sebab negara kita jadi mereka telah buktikan di atas padang.”

Skuad negara yang beraksi pada kejohanan ini adalah gabungan bekas pemain kebangsaan Harimau Malaya seperti Indra Putra Mahayuddin, Razman Roslan, Abdul Manaf Mamat, Fandi Othman dan ramai lagi.

Please rotate your device