Mahali Jasuli berkata tidak mustahil untuk Harimau Malaya julang Piala AFF sekali lagi

90

Bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli memberitahu tidak mustahil untuk pasukan kebangsaan Malaysia mengulangi kejayaan untuk menjulang kejuaraan berprestij Piala AFF pada edisi kali ini yang akan berlangsung pada hujung tahun.

Menurut Mahali, beliau berkata demikian selepas melihat prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh skuad Harimau Malaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


“Saya rasa untuk skuad yang kali ini kita ‘maintain’ sahaja dengan skuad yang sedia ada sebab kita pun nampak keputusan pada tahun ini juga pencapaian agak baik dan saya percaya kalau pemain betul-betul inginkan kemenangan tak mustahil kita boleh menang sekali lagi,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Mahali merupakan salah seorang pemain kebangsaan yang mencipta sejarah menjuarai Piala AFF buat pertama kali dalam sejarah pada edisi 2010 yang mana skuad negara ketika itu dikendalikan oleh Datuk K. Rajagopal.

Dalam pada itu, Mahali turut memberi bayangan skuad negara kendalian Pau Marti bakal berdepan tugas berat pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand pada petang ini.

“Pada pandangan saya ia merupakan satu aksi yang sukar untuk tahun ini jadi saya harapkan kesemua pemain dapat berikan yang terbaik dan mungkin keputusan itu boleh letak tepi dulu.

Tapi saya harap sekurang-kurangnya kita dapat seri pun sudah menjadi pencapaian besar buat skuad negara.”