Mikko akan terus kekal beraksi di MPL MY jika dapat tawaran

15

Pemain e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) pasukan Team HAQ, Mikko memberitahu beliau masih lagi mahu terus bermain di Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) sekiranya ada pasukan yang mahukan khidmatnya.

Menurut Mikko, buat masa ini beliau masih lagi belum mendapat tawaran daripada pasukan yang beraksi di MPL MY sebaliknya ada menerima beberapa tawaran dari pasukan luar negara.


“Ya memang saya ada dapat beberapa tawaran daripada luar tapi saya sebenarnya mahu kekal di Malaysia,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Mikko berkata demikian selepas tamat perlawanan minggu terakhir MPL MY yang menyaksikan pasukannya Team HAQ tewas kepada Selangor Red Giants (SRG) dengan keputusan 2-0.

Ini merupakan musim terakhirnya namun beliau berharap agar dapat kembali beraksi lagi di MPL MY kerana misinya masih belum selesai.

“Jika saya akan kembali lagi satu hari nanti saya betul-betul nak tewaskan SRG dan Team Vamos kerana saya mahu jadi yang terbaik.”

Sementara itu, untuk saingan MPL MY musim ini Team HAQ tampil dengan prestasi yang hambar apabila menamatkan ‘regular season’ di tanggan kedua tercorot.