Rasa kelakar bila Vamos cakap salah tapi pasukan lain cakap boleh – Smooth

21

Pemain e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) pasukan Team Vamos, Smooth mengakui berasa hairan dan kelakar apabila ramai yang memandang serong apabila pasukannya ‘membuka mulut’ dan apabila pasukan lain membuat perkara sama tidak mendapat reaksi sama.

“Kadang-kadang saya rasa kelakar juga kita cakap salah tapi orang lain cakap boleh jadi saya tidak berasa tertekan langsung kerana pernah mengalaminya sebelum ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Smooth berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai perhatian lebih diberikan kepada pasukannya selepas pasukan itu dikatakan agak kontroversi ketika awal penyertaan mereka dalam saingan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-14.


Beliau berkata demikian selepas tamat perlawanan minggu terakhir saingan MPL MY yang menyaksikan Team Vamos berjaya mendapat kemenangan selepas menewaskan Team Rey dengan keputusan 2-0.

Dalam pada itu, Smooth berkata sasarannya untuk saingan musim ini adalah untuk melayakkan diri ke kejohanan M6 World Championship.

“Saya secara peribadi meletak sasaran untuk layak ke M6 sebab ia peringkat antarabangsa sekaligus memperbaiki keputusan lepas saya yang tidak baik ketika di M5.”

Sementara itu, biarpun Team Vamos baru ditubuhkan namun mereka adalah pasukan yang cukup hebat apabila berjaya menamatkan ‘regular season’ di tangga kedua MPL MY sekaligus berjaya layak ke ‘play-off’ Upper Bracket.