Malaysia tempat paling sempurna untuk M6 – Laphel

10

Pengulas e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) popular, Laphel menyambut baik apabila Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah untuk kejohanan terbesar M6 World Championship tidak lama lagi.

“Saya rasa Malaysia adalah tempat paling sempurna untuk jadi tuan rumah kerana nak solat mudah dan makanan juga sedap-sedap.

Jujur saya cakap saya mengharapkan kita sebagai tuan rumah kita boleh tunjuk ‘authentic’ makanan Malaysia,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Mengulas lanjut mengenai peluang pasukan tuan rumah di kejohanan itu, Laphel berkata Selangor Red Giants (SRG) mempunyai peluang yang agak baik.


“Saya rasa SRG ada peluang yang bagus untuk membanggakan Malaysia sekali lagi. Antara pasukan lain adalah Monster Vicious, Todak dan Team Vamos yang juga boleh membanggakan negara.”

Kejohanan M6 World Championship akan berlangsung di Malaysia pada 21 November hingga 15 Disember 2024.

Dalam pada itu, Laphel juga gembira melihat perkembangan e-sukan terutamanya MLBB yang semakin mendapat sambutan positif.

“Saya nampak perkembangan semakin bagus sebab kita dah berubah dari zaman nak menyakinkan ibu bapa dan anak-anak bahawa ini adalah industri yang bagus kepada sekarang kita masuk ke fasa di mana ramai orang nak masuk dan banyak ibu bapa menyokong.”