Sekys yakin SRG mampu dapat slot ke M6

17

Pemain e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) pasukan Selangor Red Giants (SRG), Sekys menyuarakan keyakinan beliau bahawa pasukannya akan mendapat salah satu dari dua slot untuk ke kejohanan M6 World Championship.

“Bagi saya kami yakin akan dapat ‘secure’ slot itu. Mungkin hari ini adalah hari tidak bernasib baik kami kerana kami juga manusia ‘kadang kala di atas, kadang kala di bawah’.

Apa pun kami akan pastikan dapat ‘secure’ slot itu,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Sekys berkata demikian selepas tamat perlawanan minggu terakhir Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-14 yang menyaksikan SRG tewas mengejut kepada Team Monster Vicious dengan keputusan 2-1.


Kekalahan itu juga menyaksikan Monster Vicious berjaya menamatkan kemenangan SRG di MPL MY.

Dalam pada itu, biarpun tewas SRG masih lagi kekal sebagai pendahulu liga untuk saingan ‘regular season’ dan akan buat persiapan rapi untuk mengharungi perlawanan ‘play-off’ pula selepas ini.

Beliau pada masa turut berterima kasih kepada peminat-peminat SRG yang sentiasa menyokong mereka tidak kira menang atau kalah.

Sementara itu, Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan M6 yang akan berlangsung pada 21 November hingga 15 Disember ini.