Kerjasama PDRM FC dan Suria FM akan wujudkan komuniti hibrid baru – Amir Masdi

31

Penyanyi popular Amir Masdi teruja dengan kerjasama antara stesen radio terkemuka Suria FM dengan kelab bola sepak PDRM FC yang mana ia akan mewujudkan komuniti hibrid baru.

“Itulah yang menarik apabila dunia hiburan dan bola sepak bergabung yang mana ia menarik bagi saya sebenarnya sebab bukan sahaja dalam dunia hiburan sahaja kita aktif tapi dari bola sepak juga saya dapat peminat baru dan dari situ juga PDRM akan dapat peminat baru.

Jadi bila kerjasama ini akan wujudkan komuniti hibrid baru,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Kerjasama itu menyaksikan Suria FM akan menjadi radio rasmi selain pelancaran portal rasmi PDRM.


Menurut Amir, sebagai duta beliau sendiri akan turun padang untuk menyaksikan perlawanan PDRM sambil turut akan mengajak peminat-peminatnya turut sama turun ke stadium.

Dalam pada itu, pada pelancaran tersebut selain Amir, seorang lagi pempengaruh TikToker iaitu CEO Batu dan CEO Bieziy turut dilantik sebagai duta rasmi kelab itu.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen