Ini tahun terbaik saya! Ketiadaan Safuwan & Noor beri impak pada pasukan – Harith Haiqal

150

Pemain pertahanan muda sensasi Selangor FC, Harith Haiqal mengakui tahun 2024 adalah tahun terbaik buat dirinya apabila beliua kini menjadi antara salah seorang tonggak utama untuk pasukan musim ini.

“Tahun ini saya rasa sepanjang saya berada di Selangor saya boleh katakan tahun ini adalah antara yang terbaik untuk saya.

Saya sering berada dalam kesebelasan utama dan dapat juga panggilan untuk pasukan kebangsaan serta baru-baru ini sudah buat debut jadi Alhamdulillah mungkin ini rezeki daripada Allah,”

katanya.

Harith berkata demikian ketika sidang media menjelang perlawanan AFC Champions League Two (ACL 2) menentang Jeonbuk Hyundai Motors esok di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.


Mengulas lanjut mengenai perlawanan menentang gergasi daripada Korea Selatan itu, Harith mengakui ketiadaan ketua pasukan Safuwan Baharuddin dan Noor Rawabdeh dek kecederaan memberi impak kepada pasukan.

“Ketiadaan Safuwan dan Noor memberi impak kepada pasukan tapi kita perlu teruskan dengan pemain yang ada.

Saya rasa dengan ketiadaan dua pemain ini ada lagi pemain-pemain yang boleh mengisi kekosongan itu dan mereka juga berkualiti dan saya harap mereka dapat bantu pasukan.”

Tambahnya lagi, mereka sedar bahawa Jeonbuk sebuah pasukan yang bagus oleh itu mereka akan bermain dengan lebih ‘compact’ dan ‘solid’ untuk cuba menghalang kemaraan mereka.

Selangor kini berada di kedudukan kedua Kumpulan H dibelakang Jeonbuk dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri.

Skuad kendalian Nidzam Jamil perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata di tempat sendiri untuk memastikan peluang mereka untuk layak ke peringkat kalah mati terbuka kerana hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan sahaja akan mara ke pusingan 16.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen